Kota Van
Kota Van Kubu Kota Van کوتا ۏن Van Kalesi | |
---|---|
Van, Turki | |
Kota Van dilihat daripada arah barat laut. | |
Jenis | Kubu kota |
Koordinat | 38°30′12″N 43°20′21″E / 38.50321°N 43.339133°E |
Dibina | Abad ke-8 dan 7 SM |
Bahan binaan |
Basalt tidak dilepa (bahagian dasar) dan batu-bata |
Dimusnahkan | Sebahagian |
Keadaan sekarang |
Sebahagian besar tembok masih lagi kukuh. |
Dibuka kepada awam |
Ya |
Kota Van (Jawi: کوتا ۏن, Armenia: Վանի Բերդ, juga dikenali sebagai Kubu Kota Van, Turki: Van Kalesi atau Bahasa Kurdi: Kela Wanê) ialah sebuah kubu batu yang dibina oleh kerajaan Urartu purba dalam linkungan kurun ke-9 hingga ke-7 SM, dan adalah kubu terbesar daripada yang lain. Ia menjaga puing-puing Tushpa, ibu negeri kerajaan kuno Urartu dari kurun ke-9 yang bertempat di sebuah cenerung. Beberapa kubu yang serupa ada terbina di seluruh kerajaan Urartu, dan biasanya menembusi lereng bukit dan singkapan di mana sempadan Armenia, Turki dan Iran bertemu. Puak-puak yang datang selepas Urartu seperti Medes, Achaemenid, Lamender, Parthia, Rumawi, Parsi Sassan, Byzantine, Arab, Saljuk, Safawiyah, Afshariyah, Uthmaniyah dan Rusia setiap satu mengawal kota ini dari semasa ke semasa. Lokasi kota purba ini adalah di barat Van dan timur Tasik Van di Wilayah Van di Turki.
Silva Tipple New Lake mengetuai sebuah kembara Amerika Syarikat ke puing-puing kota ini pada tahun 1938–40.[1]
Bahagian dasar Kota Van dibina dengan basalt yang tidak dilepa, sementara dindingnya dibina dengan batu-bata.
Kubu kota seperti ini digunakan untuk pengawalan dan pengawasan daerah, dan bukanlah benar-benar sebagai perlindungan daripada serangan luar. Puing-puing kubu kota berada di luar bandar Van kini, di mana ia menyokong tembok yang dibina dari zaman pertengahan.[2]
Prasasti Achaemenid
[sunting | sunting sumber]Sebuah prasasti tribahasa yang menghebat-hebatkan Xerxes Agung dari kurun ke-5 SM ada tertulis pada permukaan tembok yang licin, kira-kira 20 meter dari permukaan tanah berdekatan kota kubu ini. Ceruk tersebut asalnya diukir oleh bapa Xerxes iaitu Raja Darius I, tetapi beliau meninggalkan permukaan itu kosong. Prasasti tersebut berada dalam keadaan yang hampir sempurna dan terbahagi kepada tiga ruang dengan 27 baris yang ditulis (dari kiri ke kanan) dalam bahasa Parsi Kuno, Babilonia, dan Elam.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Kubu kota dengan puing bandar Tushpa di bawah.
-
Kubu Kota Van
-
Tembok kubu kota (Persatuan Arkeologi Rusia, 1916).
-
Catatan Sarduri (1915).
-
Tangga kubu kota.